Saturday, 8 June 2013

NUR ATIQAH UMAIRAH

Atiqah menjamah nasi goreng dengan rakus. Yasmin menampar tangannya. “Anak dara kena makan bersopan santun! Nanti mak mentua tengok kau makan macam ni, dia reject tau!” Yasmin menyuap mi rebus ke dalam mulutnya. Sedap betul masakan Mak Gayah!
                “Alah.. Kitakan budak sekolah lagi! Nak risau tu kenapa? Apa, dekat sekolah ni mak mentua sedang mencari menantu ke?” Yasmin mengecilkan matanya. “Kau ni memang loyar buruk lah!” Yasmin mencebik. “Loyar buruk, beli la loyar baru. Apa susah. Jadilah loyar yang cantik sikit!” Malas Yasmin mahu bercakap dengan perempuan macam ini. Apa-apa pun Atiqah tetap kawan baiknya. Dia senang berkawan dengannya. Atiqah tidak sombong dan seorang yang prihatin.
                Apa yang menghairankan Yasmin, ramai orang mengatakan Atiqah sangat pelik dan selekeh. Memang harus dia akui yang Atiqah agak selekeh dari segi penampilan. Tetapi, tiada yang pelik tentangnya. Cuma, walaupun Atiqah ni selekeh dan tidak berkeyakinan, dia sangat handal bermain bola baling dan seorang pelajar yang cemerlang. “Amin! Kau menungkan apa tu?” Yasmin menoleh lalu menggeleng.
                Sebaik sahaja mereka meletakkan pinggan dan mangkuk ke dalam besen mereka berdua kembali ke kelas. Di dalam kelas, terdapat beberapa orang pelajar perempuan sedang bersembang. Atiqah mengambil tempatnya di sebelah Yasmin. Dia mengeluarkan sebuah novel. Tindakan Atiqah menarik perhatian Yasmin. “Weh, novel apa tu? Baru beli ke? Tak takut kena rampas?” Atiqah tersengih sambil meletakkan satu jari di bibirnya. “Baru beli semalam.”
                Yasmin memandang sahaja kawannya itu. Tekun betul bila membaca. Orang sedang pandang dia pun sudah tidak sedar. Tudung Atiqah agak ke depan dan tudungnya tidak terurus dengan betul. Kaca mata berbingkai hitam menjadi pilihan. “Atiqah, tak mahu pakai kanta lekapkah?” Diam. Tiada sebarang respon. Yasmin membiarkan soalan itu tidak berjawapan.
“Dah nak balik ke?” Yasmin menepuk bahu Atiqah dari belakang. Atiqah sekadar mengangguk. “Alah, jangan la balik lagi. Jomlah kita lepak dulu!” Atiqah menggeleng. “Aku mengantuklah! Tak larat dah ni.” Yasmin mencebik. “Kalau begitu tak apalah. Aku teman kau balik!”
                       “Rumah kau kan arah lain?” Atiqah memejamkan matanya sambil berjalan. Mengantuknya semakin menjadi. “Aku dah telefon mak aku tadi, kata aku balik lewat. Aku pergi rumah kau dulu. Boleh?” Atiqah mengangguk sambil meletakkan lengannya di sekeliling leher Yasmin. “Boleh je.” Mak Atiqah memang sudah biasa dengan kedatangan Yasmin. Yasmin itu sudah seperti anaknya.
                       Sikap peramah Yasmin menjadikan hubungan Yasmin dengan keluarga Atiqah tidak kekok. Seluruh keluarga Atiqah mengenalnya. Mereka berjalan bersama-sama ke rumah Atiqah. “Atiqah kau nak tahu tak?” Atiqah hanya diam. “Nak dengar tak?” Atiqah mengagguk. Dia mengantuk sangat.
                       “Apa dia?” Yasmin tersengih lalu berkata, “You’re awesome!” Atiqah menggelengkan kepalanya lalu berjalan dengan lebih pantas. “Cepat jalan, cepat sampai rumah. Cuaca panas hari ni, mesti kau dah demam.” Yasmin tersengih mendengar seloroh Atiqah. Apabila mereka sampai di hadapan rumah Atiqah, kelihatan Nazrul di sebelah rumah Atiqah.
                       “Naz! Kau buat apa tu?” Tegur Yasmin kepada Nazrul, rakan sekelas mereka. “Hei, Amin! Kau sesat mana ni?” Nazrul sedang membaiki basikal adiknya. “Aku singgah rumah kawan aku sendiri pun tak boleh?” Nazrul ketawa. “Yelah, Amin.” Mereka berdua melangkah masuk ke rumah berkembar dua tingkat itu. “Assalamualaikum..”
                       “Waalaikumussalam..”kedengaran suara dari ruang makan. “Eh, Amin pun ada sekali?Jemputlah masuk. Alang-alang tu bolehlah makan sekali.” Ajak Puan Rafidah dengan ramah. “Eh, mak cik. Tak apa lah. Saya sekejap je.” Puan Rafidah memandang Atiqah pula. “Kalau begitu, Tiqah pergi buatkan air untuk Amin.” Yasmin hanya tersenyum. Setelah membancuh dua gelas jus oren, Atiqah dan Yasmin naik ke bilik Atiqah di tingkat atas.
                       Yasmin melabuhkan punggungnya di atas karpet bewarna kuning cair. Tudungnya dibuka lalu disangkut. “Ah, penatnya!” Atiqah menghempaskan bandannya ke atas katil single. “Kalau ya pun, bukalah tudung dulu! Stokin tu dah la busuk dibawa naik atas katil pula!” Bebel Yasmin. Dia memasuki bilik air yang terdapat di bilik Atiqah untuk mengambil wuduk. “Atiqah, pergi ambil wuduk, solat cepat.” Arah Yasmin. “Hermm..”
                       “Kau nak tahu tak? Syaitan tengah hasut kau suruh lengah-lengahkan solat. Atiqah, tak payah la solat lagi. Kan ada masa lagi. Kau tidurlah dulu, nanti pasti Yasmin kejutkan kau!” umpan Yasmin. Atiqah yang sudah menutup mata bangun dengan pergerakan yang perlahan. Lambat-lambat dia ambil wuduk juga.
                       Selepas selasai solat, mereka berdua menyiapkan kerja rumah bersama-sama. “Tiqah, soalan nombor 15 kau buat macam mana? Aku dah buntu!” Yasmin menggaru kepalanya. Soalan apalah yang Puan Faridah beri ni?
                       “Mak cik! Kan tadi baru je Cikgu Faridah ajar. Kau tidur ek?” Atiqah serkap jarang.
                       Perlahan-lahan Yasmin mengangguk sambil tersengih. Atiqah mula mengajar apa yang ditanya oleh Yasmin. Yasmin menunjukkan ibu jarinya. “Apa rahsia kau, ya? Pandai sangatlah! Tak rugi aku kawan dengan kau eh.” Atiqah menggeleng. “Tiada rahsia. Beri perhatian sudah memadai.” Yasmin mengangguk faham. Dia bermain-main dengan pen birunya.
                       Dia mahu rehat sebentar. Otaknya mahu berehat. “Baru lima belas soalan dah tumbang? Macam mana nak berjaya, duhai sahabatku!” Yasmin senyap. Jangn ditentang perkara yang benar. “Atiqah, kau ada minat pada sesiapa ke?” Atiqah tersentak. Dia hanya diam lalu menyambung kerjanya. “Atiqah!”
                       “Erm!”
                       “Siapa?”
                       “Tak de sesiapa pun. Kau?”
                       “Ada.”
                       “Siapa?”
                       “Qayyum Ahmad.”
                       “Kau biar betul?”
                       “Ya!”
                       “Mamat cili padi tu?”
                       “Bukanlah. Si putera raja. Musuh kaulah katakan!”

                       Atiqah mencebik. Qayyum Ahmad lelaki yang paling di tidak suka di sekolahnya. Ada sebab yang tertentu. Dia sangat anti dengan lelaki seperti itu. Tetapi, kenapa dia juga pilihan Yasmin? Malaslah mahu fikir. Aku tak suka dengan permainan cinta monyet zaman sekolah. Rasa geli adalah. Belum cukup umur sudah mahu bercinta.

Bersambung ... 

Friday, 31 May 2013

Your self is the best !

Assalamualaikum :)

Be your self ! Hari ni aku nak ceritakan pasal jadi diri sendiri. Diri sendiri ? Aku yang diri sendiri seorang yang .. (bukan nak bangga or what) selalu bising dalam kelas , dan bila cikgu tanya apa-apa aku lah yang jawab paling kuat sekali . krikk ! Krikk ! Okey , kinda boring yeh ?

Ada lah sekali .. Waktu sambutan hari raya di sekolah rendahh .. (Now I'm form 1) Cikgu kan saaayang kami sangat-sangat jadi sambutan hari raya cikgu buat time rehat. Boleh pakai baju raya ke sekolah . Tapi sebelum dan selepas rehat tu kena belajarlah ya sebab nak UPSR ! Mungkin , hari tu aku agak senyap , (yelah aku kan selalunya buat kecoh dalam kelas) kawan aku tanya , "Kak Pah ! Kenapa hang senyap je hari ni?" See ? Bila  tak jadi diri sendiri kawan kita sendiri pun pelik .


Ermm .. Kalau lelaki tengok kita buat sesuatu , kita tak akan jadi diri sendiri kan ? Kita mesti control cun , nampak macam budak baik jer .. Kekadang sstgh orang buat macam dia tu seorang yang ceria .




Assalamualaikum :)

Blog ni baru saja dicreat . Apa yang aku nak ceritakan ? Excited sangat ni sampa tak tahu nak tulis fasal apa !



Kenapa ayat aku sangat poyo ? Ah , biarlahh . Aku nak ceritakan pasal cuti sekolah ni . Cuti sekolah ni , syaitan banyak sangat goda aku . Facebook punya hal lah ni.. -,- 
Folio ? Sejarah punya tak siap lagi . Sivik ? Pun tak siap lagi . Blog pun ada juga godaannya .

Okeylah , tajuk ni macam boring je .