Ahad - Malam
Haii Guyzz :) Assalamualaikum :)
Saya seorang yang periang, suka bajet innocent, kadang-kadang tu perli orang (Noramllah kan?) dan kadang-kadang terlalu jujur atau aku menyakitkan hati orang. (Aku rasa la.) Kalau boleh aku nak semua orang suka aku . Semua orang senang dengan aku. Tetapi , macam ayat kat drama melayu , "Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Lama-lama orang penat mengumpat senyap la tu."
Aku rasa sebab mulut aku yang rajin sangat nak bercakap ni, orang tersakit hati. Mungkin , bila kesabaran ni dah hilang ayat-ayat power yang tersimpan kemas dalam kotak peti besi yang dikuci mangga dan dilingkari tali besi pun terkeluar. Ahh , aku tak suka orang lain sakit hati sebab apa yang aku cakap . Tau tak kenapa? Sebab aku sakit hati bila orang bidas aku. Tau tak bidas tu apa ? Tak tau komen . Aku faham perasaan orang yang hati dia terguris oleh kata-kata orang lain.
Hey you . You know what? I am sensitive. Sedang dia cakap ayat biasa ja , tak berniat sakitkan hati aku pun (okey memanglah aku boleh scan hati orang kan ? kan?) aku senang sangat terasa ! Wei ! Apa ni .. Sensitif sangat .
So , apa pendapat hampa? Adakah aku patut terus jadi diri sendiri ... atau berubah untuk menjadi orang yang tak cakap banyak ? (Tak daklah jadi pendiam ..)
Saturday, 21 September 2013
Many Walks Of Life
Disebabkan blog ni saya tak perkenalkan lagi kat kawan-kawan saya, so saya nak tulis apa-apa je :) No limit :) Tapi kena jugak la ada limitnya :)
Kat sekolah saya , saya duk kat kelas 1 Ibnu Sina. Pernah masa bulan sembilan tahun ni, kawan saya tanya macam ni , "Apa yang hang akan buat kalau semua orang tak suka kawan dengan hang?" Woo , sentapnya ! Kawan aku yang dah 6 tahun kawan dengan aku pun tak pernah tanya macam tu . Hei, perangai aku ni teruk sangat ke hah?
Dalam kelas saya selalu makan . Kdg-kdg tu tak lapar mana pun . Maka gula-gula macam mentos, kopiko . Ada kawan saya tu, dia asrama so dia kerap puasa sunat isnin and khamis. Dia kata macam ni tau,
"Hang ni bila aku puasa hang bawa makanan banyak, bila aku tak puasa hang bawak makanan sikit. Hang ni saja .."
Apakah ? Nak makanan sahaja ke hah? Ingat aku ni PA hang ke tau hang puasa ke tak ?
Aaa , boringlah entri nii :p
_meya_
Saturday, 8 June 2013
NUR ATIQAH UMAIRAH
Atiqah menjamah nasi goreng dengan rakus. Yasmin menampar
tangannya. “Anak dara kena makan bersopan santun! Nanti mak mentua tengok kau
makan macam ni, dia reject tau!”
Yasmin menyuap mi rebus ke dalam mulutnya. Sedap betul masakan Mak Gayah!
“Alah..
Kitakan budak sekolah lagi! Nak risau tu kenapa? Apa, dekat sekolah ni mak
mentua sedang mencari menantu ke?” Yasmin mengecilkan matanya. “Kau ni memang
loyar buruk lah!” Yasmin mencebik. “Loyar buruk, beli la loyar baru. Apa susah.
Jadilah loyar yang cantik sikit!” Malas Yasmin mahu bercakap dengan perempuan
macam ini. Apa-apa pun Atiqah tetap kawan baiknya. Dia senang berkawan
dengannya. Atiqah tidak sombong dan seorang yang prihatin.
Apa
yang menghairankan Yasmin, ramai orang mengatakan Atiqah sangat pelik dan
selekeh. Memang harus dia akui yang Atiqah agak selekeh dari segi penampilan.
Tetapi, tiada yang pelik tentangnya. Cuma, walaupun Atiqah ni selekeh dan tidak
berkeyakinan, dia sangat handal bermain bola baling dan seorang pelajar yang
cemerlang. “Amin! Kau menungkan apa tu?” Yasmin menoleh lalu menggeleng.
Sebaik
sahaja mereka meletakkan pinggan dan mangkuk ke dalam besen mereka berdua
kembali ke kelas. Di dalam kelas, terdapat beberapa orang pelajar perempuan
sedang bersembang. Atiqah mengambil tempatnya di sebelah Yasmin. Dia
mengeluarkan sebuah novel. Tindakan Atiqah menarik perhatian Yasmin. “Weh,
novel apa tu? Baru beli ke? Tak takut kena rampas?” Atiqah tersengih sambil
meletakkan satu jari di bibirnya. “Baru beli semalam.”
Yasmin
memandang sahaja kawannya itu. Tekun betul bila membaca. Orang sedang pandang
dia pun sudah tidak sedar. Tudung Atiqah agak ke depan dan tudungnya tidak
terurus dengan betul. Kaca mata berbingkai hitam menjadi pilihan. “Atiqah, tak
mahu pakai kanta lekapkah?” Diam. Tiada sebarang respon. Yasmin membiarkan
soalan itu tidak berjawapan.
“Dah nak balik ke?” Yasmin menepuk
bahu Atiqah dari belakang. Atiqah sekadar mengangguk. “Alah, jangan la balik
lagi. Jomlah kita lepak dulu!” Atiqah menggeleng. “Aku mengantuklah! Tak larat
dah ni.” Yasmin mencebik. “Kalau begitu tak apalah. Aku teman kau balik!”
“Rumah
kau kan arah lain?” Atiqah memejamkan matanya sambil berjalan. Mengantuknya
semakin menjadi. “Aku dah telefon mak aku tadi, kata aku balik lewat. Aku pergi
rumah kau dulu. Boleh?” Atiqah mengangguk sambil meletakkan lengannya di
sekeliling leher Yasmin. “Boleh je.” Mak Atiqah memang sudah biasa dengan
kedatangan Yasmin. Yasmin itu sudah seperti anaknya.
Sikap
peramah Yasmin menjadikan hubungan Yasmin dengan keluarga Atiqah tidak kekok.
Seluruh keluarga Atiqah mengenalnya. Mereka berjalan bersama-sama ke rumah
Atiqah. “Atiqah kau nak tahu tak?” Atiqah hanya diam. “Nak dengar tak?” Atiqah
mengagguk. Dia mengantuk sangat.
“Apa
dia?” Yasmin tersengih lalu berkata, “You’re
awesome!” Atiqah menggelengkan kepalanya lalu berjalan dengan lebih pantas.
“Cepat jalan, cepat sampai rumah. Cuaca panas hari ni, mesti kau dah demam.”
Yasmin tersengih mendengar seloroh Atiqah. Apabila mereka sampai di hadapan
rumah Atiqah, kelihatan Nazrul di sebelah rumah Atiqah.
“Naz!
Kau buat apa tu?” Tegur Yasmin kepada Nazrul, rakan sekelas mereka. “Hei, Amin!
Kau sesat mana ni?” Nazrul sedang membaiki basikal adiknya. “Aku singgah rumah
kawan aku sendiri pun tak boleh?” Nazrul ketawa. “Yelah, Amin.” Mereka berdua
melangkah masuk ke rumah berkembar dua tingkat itu. “Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”kedengaran
suara dari ruang makan. “Eh, Amin pun ada sekali?Jemputlah masuk. Alang-alang
tu bolehlah makan sekali.” Ajak Puan Rafidah dengan ramah. “Eh, mak cik. Tak
apa lah. Saya sekejap je.” Puan Rafidah memandang Atiqah pula. “Kalau begitu,
Tiqah pergi buatkan air untuk Amin.” Yasmin hanya tersenyum. Setelah membancuh
dua gelas jus oren, Atiqah dan Yasmin naik ke bilik Atiqah di tingkat atas.
Yasmin
melabuhkan punggungnya di atas karpet bewarna kuning cair. Tudungnya dibuka
lalu disangkut. “Ah, penatnya!” Atiqah menghempaskan bandannya ke atas katil single. “Kalau ya pun, bukalah tudung
dulu! Stokin tu dah la busuk dibawa naik atas katil pula!” Bebel Yasmin. Dia
memasuki bilik air yang terdapat di bilik Atiqah untuk mengambil wuduk. “Atiqah,
pergi ambil wuduk, solat cepat.” Arah Yasmin. “Hermm..”
“Kau
nak tahu tak? Syaitan tengah hasut kau suruh lengah-lengahkan solat. Atiqah,
tak payah la solat lagi. Kan ada masa lagi. Kau tidurlah dulu, nanti pasti Yasmin
kejutkan kau!” umpan Yasmin. Atiqah yang sudah menutup mata bangun dengan
pergerakan yang perlahan. Lambat-lambat dia ambil wuduk juga.
Selepas
selasai solat, mereka berdua menyiapkan kerja rumah bersama-sama. “Tiqah,
soalan nombor 15 kau buat macam mana? Aku dah buntu!” Yasmin menggaru
kepalanya. Soalan apalah yang Puan Faridah beri ni?
“Mak
cik! Kan tadi baru je Cikgu Faridah ajar. Kau tidur ek?” Atiqah serkap jarang.
Perlahan-lahan
Yasmin mengangguk sambil tersengih. Atiqah mula mengajar apa yang ditanya oleh
Yasmin. Yasmin menunjukkan ibu jarinya. “Apa rahsia kau, ya? Pandai sangatlah!
Tak rugi aku kawan dengan kau eh.” Atiqah menggeleng. “Tiada rahsia. Beri
perhatian sudah memadai.” Yasmin mengangguk faham. Dia bermain-main dengan pen
birunya.
Dia
mahu rehat sebentar. Otaknya mahu berehat. “Baru lima belas soalan dah tumbang?
Macam mana nak berjaya, duhai sahabatku!” Yasmin senyap. Jangn ditentang
perkara yang benar. “Atiqah, kau ada minat pada sesiapa ke?” Atiqah tersentak. Dia
hanya diam lalu menyambung kerjanya. “Atiqah!”
“Erm!”
“Siapa?”
“Tak
de sesiapa pun. Kau?”
“Ada.”
“Siapa?”
“Qayyum
Ahmad.”
“Kau
biar betul?”
“Ya!”
“Mamat
cili padi tu?”
“Bukanlah.
Si putera raja. Musuh kaulah katakan!”
Atiqah
mencebik. Qayyum Ahmad lelaki yang paling di tidak suka di sekolahnya. Ada
sebab yang tertentu. Dia sangat anti dengan lelaki seperti itu. Tetapi, kenapa dia juga pilihan Yasmin? Malaslah mahu fikir. Aku tak suka dengan permainan cinta monyet zaman sekolah. Rasa geli adalah. Belum cukup umur sudah mahu bercinta.
Bersambung ...
Friday, 31 May 2013
Your self is the best !
Assalamualaikum :)
Be your self ! Hari ni aku nak ceritakan pasal jadi diri sendiri. Diri sendiri ? Aku yang diri sendiri seorang yang .. (bukan nak bangga or what) selalu bising dalam kelas , dan bila cikgu tanya apa-apa aku lah yang jawab paling kuat sekali . krikk ! Krikk ! Okey , kinda boring yeh ?
Ada lah sekali .. Waktu sambutan hari raya di sekolah rendahh .. (Now I'm form 1) Cikgu kan saaayang kami sangat-sangat jadi sambutan hari raya cikgu buat time rehat. Boleh pakai baju raya ke sekolah . Tapi sebelum dan selepas rehat tu kena belajarlah ya sebab nak UPSR ! Mungkin , hari tu aku agak senyap , (yelah aku kan selalunya buat kecoh dalam kelas) kawan aku tanya , "Kak Pah ! Kenapa hang senyap je hari ni?" See ? Bila tak jadi diri sendiri kawan kita sendiri pun pelik .
Ermm .. Kalau lelaki tengok kita buat sesuatu , kita tak akan jadi diri sendiri kan ? Kita mesti control cun , nampak macam budak baik jer .. Kekadang sstgh orang buat macam dia tu seorang yang ceria .
Ada lah sekali .. Waktu sambutan hari raya di sekolah rendahh .. (Now I'm form 1) Cikgu kan saaayang kami sangat-sangat jadi sambutan hari raya cikgu buat time rehat. Boleh pakai baju raya ke sekolah . Tapi sebelum dan selepas rehat tu kena belajarlah ya sebab nak UPSR ! Mungkin , hari tu aku agak senyap , (yelah aku kan selalunya buat kecoh dalam kelas) kawan aku tanya , "Kak Pah ! Kenapa hang senyap je hari ni?" See ? Bila tak jadi diri sendiri kawan kita sendiri pun pelik .
Ermm .. Kalau lelaki tengok kita buat sesuatu , kita tak akan jadi diri sendiri kan ? Kita mesti control cun , nampak macam budak baik jer .. Kekadang sstgh orang buat macam dia tu seorang yang ceria .
Assalamualaikum :)
Blog ni baru saja dicreat . Apa yang aku nak ceritakan ? Excited sangat ni sampa tak tahu nak tulis fasal apa !
Blog ni baru saja dicreat . Apa yang aku nak ceritakan ? Excited sangat ni sampa tak tahu nak tulis fasal apa !
Kenapa ayat aku sangat poyo ? Ah , biarlahh . Aku nak ceritakan pasal cuti sekolah ni . Cuti sekolah ni , syaitan banyak sangat goda aku . Facebook punya hal lah ni.. -,-
Folio ? Sejarah punya tak siap lagi . Sivik ? Pun tak siap lagi . Blog pun ada juga godaannya .
Okeylah , tajuk ni macam boring je .
Subscribe to:
Posts (Atom)